Assalamualaikum semua, Semoga semua sihat dan happy sokmo.........
Kali ini aku kembali menulis dgn kisah sedih...aku kuat kan semangat dgn kata2 motivasi ini - Kita merancang, dan Allah merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Ini membuatkan saya tenang menghadapi nya. Insyallah..
Mesti ada yg pelik apa yg aku omongkan ini sebenarnya dlm kegembiraan aku hari tu kini ia telah tiada. Strait to the point aku telah mengalami keguguran. spt telah tertulis di laman facebook aku. Dan, dikesempatan ini aku nak jelaskan semuanya apa yg berlaku kepada aku utk tatapan sahabat2 semua. Sekadar berkongsi pengalaman.. Kot2 ada yg berguna pada kawan2 aku atau sebagai peringatan agar kita ni jgn leka / lupa diri ingat diri kita ni kuat sgt.. Jgn leka sesungguhnya Allah Maha Berkuasa semua itu Kuasanya Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar... Jika ia berkehendak "KUN FA YA KUN" jadilah ia... Allah Hu Akbar... Ampunkan hambamu ini Ya Allah.. Andai hambamu ini leka dlm kehidupan ini.
Ianya bermula hari Sabtu lepas -17th Mac 2012 - Dlm kegembiraan menyambut kepulangan ibu mertua ku balik dari mengerjakan umrah. Ibu bgtau ibu dah doakan utk aku agar mendapat anak perempuan yg comel dan sihat. Alhamdulilah gembira rasanya sb ibu ingat mendoakan anak menantu mu... Tapi kita hanya merancang Allah yg menentukan.. Aku Redha..Aku Redha tiada rezeki lagi... ok kita sambung balik, tengahari tu aku n anak2 ajak ibu jalan2 at Gm Plaza saja beli anak brg2 mainan dan ibu juga ada la beli sikit brg keperluan habis satu GM kitaorg ronda penat gak tp best window shopping.. dah abis dekat 2 jam lebih kitaorg pegi Giant Bkt Tinggi gi makan kat food court dia aku suka makan kat food court ni sb boleh tahan sedapnya.. So aku orderkan utk Ibu Nasi putih + Ayam msk halia dan utk aku Nasi putih + Ayam masam manis. utk anak2 diaorg just bersuap jer sebab dh main kat playground tu dah tak nak makan.. so aku belikan diaorg Pappa Roti.. sedap gak tu harum baunya.. Makanan sampai aku ngan ibu pun makan la. Bila dah nk abis makan br aku perasan ada NENAS kat dalm makanan aku tu, risau aku masa tu...tp aku kuatkan semangat pasti tak de apa2.. Selesai semuanya kitaorg pun balik dalam pkl 4 lebih terus solat Asar. Pas solat aku terus lah siapkan brg2 utk masak2 sikit yelah sb plan malam tu Adik beradik hubby aku nak berkumpul umah aku sb semua nk jumpa Ibu Mereka before ibu balik kg. so aku pun standby la masak buat ala kadar jer... Aku masak Gulai Tauchu ikan kembung, Sayur kcg panjang + udang n ikan goreng consider utk dinner ngan diaorg... siap masak arround 6 lebih... letih gak masa tu perut dah rasa sakit sikit2.. aku gi toilet tgk ada darah kuar sikit so aku budget kdg org pregn ada yg kuar darah so aku tenangkan hati, makin lama makin sakit pulak tp aku wat cool jer..tambahan la sedara mara dah ada kat umah tu..so buat cam biasa lah... last pas maghrib aku rasa cam nak buang air besar so aku pg la toilet. bila aku msuk toilet terus keluar darah pekat mcm kita period tu. aku fikir ni darah beku ker apa? so aku cuci apa yg patut aku pun buat biasa jer... tp sakit tuhan jelah yg tau kan... ms tu aku tk terfikir apa2 pun... So mlm tu memandangkan adik beradik semua ada so aku pun layan la semua smp la tgh malam mmg best sesekali berkumpul. last hampir tengah malam baru lah clear semua... aku settle kan semua dan terus tido dalm kesakitan.
Pagi Ahad 18th Mac 2012 aku bangun perut terasa memulas, dan rasa sakit lg.. Darah dah keluar semakin banyak.. berketul2.. Sakitnya dan waktu tu aku dah tahu yang aku akan keguguran. Ya Tuhan..Sakitnya...Dan aku hanya mampu beristighfar dan berzikir memohon pertolongan dari Allah.
Dalam kesakitan tu sempat juga aku masak nasik goreng utk ibu mertuaku before dia balik kg. dan kitaorg pun makan sama2 smbl berborak.Sesekali ibu mertua ku ada kat sini aku try layan bgai puteri he..he.. yelah bukan selalu so kita buatlah yg terbaik, Ibu mertua pun mcam ibu kandung kita "sayangilah mereka selagi mereka masih ada" ok sambung balik so tengahari tu Adik ipar ku dari Rawang dtg utk ambik ibu mertua ku bw balik kg so lepas bersalaman dan lihat diaorg dah pulang. Ermm so apa harus aku buat........
Dalam keadaan aku seorg diri hanya berteman anak kecil yg tk mengerti apa2 aku bersiap diri n anak2 terus gi klinik, dlm minda aku teringat " Kisah ketabahan Maryam ibu junjungan besar Isa 'Alaihissalam yang menghadapi kesakitan melahirkan seorang diri"
So aku kuatkan semangat semua pasti boleh dan smp klinik doct check n pelbagai lagi then doct suntik ubat untuk stopkan bleeding pastu doc suh aku bertenang n nasihat skit then ckp aku dah keguguran.. hu..hu.. sedihnya aku rasa masa tu... ding dong ding dong lg then dia bg ubat tahan sakit so aku balik rumah n rest.. dah rasa tak larat nk buat apa2 aku tido jer lah...Dalam mencari ketenangan aku berdoa pd Allah, tetapkan keimanan ku, sihatkan tubuh bdn ku dan pulih sediakala.dan Ya Allah engkau kurniakan lah hambamu ini anak perempuan lagi tambahkan lah zuriat kami Ya Allah. Hanya itu jer mampu aku fikir n buat..semua aku serahkan pd Allah semua dah ketentuannya... Kita hanya Merancang, Allah yg menentukan... Kita kena Berdoa,Redha dan Bertawakal juga bersabar atas semua ketentuannya. Alhamdulillah Allah berikan aku ketenangan.. Kesakitan itu hilang seketika digantikan dengan ketenangan. Syukur pada Allah. Alhamdulillah.
Pagi Isnin 19th Mac 2012 aku terasa sakit perut lg so aku nekad aku nk gi klinik lagi kali ini aku rasa aku nk buat ultrasound. so aku terpaksa ambik MC yelah nk gi keja pun tak larat rasanya.. semalam aku terlupa minta cuti sakit. So pagi ni lepas hantar anak pegi sekolah. aku terus pegi klinik smp kat klinik doct terus buat Ultrasound dia nk bagi aku puas hati..Maka terbukti lah dah tiada apa2 clean n clear... Doct suruh aku tenang kan fikiran dan bagi rehat secukupnya kat badan jgn stress, dan jgn buat kerja berat2 rahim awak tk kuat sangat itulah serba sedikit kata doct. Aku terima dgn redha.
Aku bertafakur dah berfikir kembali tenangkan hati semoga ditambahkan keimanan agar aku kuat menempuh segala dugaan ini. Kuatkan semangat. Bila kita bersabar pasti Allah akan berikan kita imbuhannya tiada disini diakhirat nanti. Sabar, Redha n Tawakal. Allah bersama org2 yg bersabar.. Semoga aku tergolong dikalangan org2 yg sabar dan beriman Amin....
Inilah sedikit sebanyak coretan yg dpt aku kongsikan bersama semoga dpt kita renungkan segala suka,duka,kegembiraan,keterujaan dan sebagainya semoga ia menjadi peringatan dan bersama2 kita perbanyakkan Muhasabah diri Insyallah.... Assalamualaikum W.B.T... Semoga berjumpa lagi...
Bergambar dgn anak Farkhana Nasron.. Semoga satu hari ntn aku bakal menimang cahaya mata perempuan spt ini... Ya Allah makbulkan lah doakan ku ini... Amin.....
....
bersabar ek fiza, mungkin ada hikmah disebalik kejadian..:(
BalasPadamAlhamdulilah ogy, insyallah... yelah ada hikmah utk semuanya kan. thanks ogy..
BalasPadam