Company Trip To Korea Selatan.... Micro-Ctl Automation S/B - Part 2
Ilham rasa dari Nor Hapizah Abd Manan.
Hari Kedua ( tiba di Korea to Nami Island)
Ok kita bersambung kembali di Part 2 he..he.. terima kasih mana yg sabar menunggu he..he.. kali ni kita ke Pulau Nami.. Ala tempat shooting filem Winter Sonata tu...dan juga tempat Mawi buat video klip kahwin dia kan.. mmg cantik sgt tempat ni..korang tgk jelah ntn he..he..
Ok kita teruskan episod, sampai sahaja di jeti terus menunggu bot, oh ya...pulau Nami ini terletak di sebuah tasik dan ia terbentuk dari empangan. Jadi kalau nak ke sana, kena naik bot yang memakan masa 10 minit sahaja. Bot dia best siap ada letak bendera2 negara... Aku bangga bila nampak Jalur Gemilang.....nampak tak??
Yearrgghh sebaik tiba di Nami Island, memang terasa suasana romantiknya. Bayangkan setiap kawasan akan ada monumen berbentuk hati (love). Pokok2 yg redup mata memandang...mmg cantik sgt anugerah Allah... Nami island ni memang sesuai sangat untuk pasangan bercinta atau mereka yang nak berbulan madu. Spt aku n hubby ku he..he.. Sempat gak kami posing cam cerita Winter Sonata tu... Makan hati la yg lain... Peluang jgn dilepaskan ye tak he..he... Klu musim sejuk lagi la bestnya macam cerita Winter Sonata tu....ermm..Tak tau la nk cerita korang tgk jelah gambar2 kat bwh ni....he..he....bukan senang hubby ku ni bergambar....kena paksa br dapat...malu yg amat. He.he.
Loving Couple at Nami Island he..he..
Mengikut guide kami, Nami Island dahulunya adalah sebuah pulau kecil dan menjadi tapak perkhemahan bagi pelajar -pelajar sekolah tinggi. Selepas itu, seorang usahawan terkenal telah membangunkan pulau tersebut dan membuat landskap yang begitu cantik termasuklah susunan pokok dan juga dekorasi taman. Pulau ini terus menjadi tumpuan pelancong setelah kejayaan drama Winter Sonata. Di sini, korang akan dapat melihat pelbagai monumen, poster dan gambar pelakon-pelakon Winter Sonata. Memang sesuai tuk sesiapa yang suka bergambar. Macam aku ha..ha... Korang tgk jelah he..he..
Nie cameraman yg suruh posing ni...mmg kelasss ko mak jemah ha..ha..
Ceh baiknyer posing bila lg nak dapatkan....peluang hanya sekali he..he..
Bangga sgt ada gambar bendera Malaysia yg tercinta he..he...
Setelah penat lelah berjalan sekitar pulau ini, aku boleh katakan ia memang kawasan yang cukup cantik. Memang menarik..! Kat Pulau ni pun bagus sebab dia ada menyediakan Surau utk pelawat yg berugama Islam.. so tk memberikan masalah pd kita kan… so kitaorg pun apalagi buat lah solat jamak & qasar utk waktu zohor n asar…maka selesailah menunaikan kewajipan kpd Maha Pencipta.. Alhamdulilah…
Selepas itu, kami pun bergeraklah ke sebuah restoran terletak di berhampiran dengan jeti untuk makan tengahari. Restoran ini menghidangkan makanan korea ( makanan laut sahaja) dan nasi dihidang di dalam lesung. Menarik bukan?? Memang lah makanan korea ini pelik sikit, tapi ia adalah antara makanan yang berkhasiat di dunia. kenapa? Kerana makanan mereka tak banyak minyak, kurang kanji, dan garam dan juga hidangan sayur-sayuran....hu..hu...sabor jelah aku dah la tak makan sayur n seafood jadi aku pun keluarkn lah bekalan dr Malaysia serunding n ikan bilis goreng he..he.. Sedap..
Korang jgn tnya aku apa rasa makanan Korea sb aku tak lalu nak makan he..he... Sedap la agak nyer kot sb aku tgk kawan2 aku laju jer makan nyer he..he... Makanan org korea ni mmg berkhasiat sebab itulah orang korea banyak yang slim..(macam Wonder Girls)...haha. Berbanding org Malaysia terlebih kanji hu..hu.
Selepas makan tengahari, kami mula bergerak ke Daepo Wharf. Ia merupakan perkampungan nelayan yang terletak pantai timur Korea Selatan. Perjalanannya agak jauh sikit mengambil masa selama 1 jam dari Nami Island. Dan kali ini sekali lagi kami terpegun dengan keindahan alam semulajadinya.
Daepo Wharf ini merupakan pekan kecil yang terletak dalam daerah Gangneung. Disini terdapat pelbagai jenis makanan laut dan yang menariknya, ikan-ikan di sini diletak di dalam akuarium. Paling menakjubkan ialah ketam laut dalam yang memang besar, dan dikatakan antara yang paling sedap di dunia. Di sini juga terdapat pasar malam yang turut menjual makanan bergoreng seperti udang dan sotong. Menurut Amy dan Ziza, makanan di sini halal kerana ia dimasak dengan menggunakan minyak sayuran. Aku tak beli pun sb biasalah aku ni kan memilih sikit bab makanan ni..he..he...
Sotong goreng tepung,udang goreng tepung... Sotong tu bapak besar..dalam dia ada nasi... Klu beli ntn dia potong kan sotong tu... Korang tgk siput tu sekali pandang cam siput babi ha..ha..Tp tu siput laut, aku tk makan pun, kawan2 aku jer yg makan sedap katanya hu.hu.
Kat sini ikan2 nyer cam pelik jer...leper semacam mmg pelik korang tk kan jumpa kat Malaysia ikan camni hu..hu...
Setelah berjalan-jalan sekitar pasar malam, ok..masa untuk makan!! Tempat pun tak jauh dr pasar malam tu…Kedai ni mengadap ke laut mmg cantik… Makan malam pula kali ini berlainan, kerana kami menikmati sup panas + seafood dan still ada kimchi serta pelbagai sayur. Masih lagi mengekalkan makanan korea..aku pun cam biasalah apa lg mkn nasi n ikan bilis tu lg sedap aku rasa he..he.korang tgk jelah gmbar2 ni…biar gambar bercerita he..he..
Selesai makan, kitorg pun bersiap terus pg check in Apartment yg berhampiran Gunung Seoraksan, sb esok pagi2 kitaorg akan mendaki gunung Seoraksan… maka masing2 sudah mau beristirehat yelah esok kena standby fizikal dan mental utk mendaki gunung. Perjalanan dr tempat dinner kami ke hotel ni tak salah hampir 2 jam… so hari pun dah makin gelap memasing dah tertido didalam bas… so smp hotel memasing terus check in dan nak tidur…korang tgk aa gambor apartment kitaorg duduk ni mmg best… Namanya Seorak Kumho Resort, Apartment kami terletak di bawah gunung seorak. Biliknya besar dan luas dan aku rasa takut gak sebab tggl rumah besar lak tu he..he…dlm rumah ni siap ada kelengkapan memasak, apalagi aku pun masak la meggi ye lah tadi tak makan sgt kan…lepas makan, aku solat Jamak n Qasar utk maghrib n isyak, pastu apalagi tarik selimut la tido, ngantuk sgt sb tak tido seharian he..he.. ok selesai utk satu hari nyer cerita.
Jangan lupa follow yer…tggu aku nak flashback memoriku utk continue kisah selanjutnya....
Ok sementara aku flashback memoriku ini korang boleh layan dulu gambar-gambar kat bawah ni..he..he..
Cantik kan Alam semulajadi di Nami Island ni mmg menarik.... aku suka sgt.....
alamak ada siri plak lg....huuhhuhu cepat ckit sambung
BalasPadamHa.ha tunggu he.he. kang pjg sgt org boring he.he.
BalasPadamHa.ha tunggu he.he. kang pjg sgt org boring he.he.
BalasPadamHa.ha tunggu he.he. kang pjg sgt org boring he.he.
BalasPadam