Ilham Rasa Dari Nor Hapizah Abd Manan.
Masih Hari Ketiga lagi : Animation Museum - Chu cheon City & Strawberry Farm.
Kegembiraan bercuti di Korea Selatan bersambung lagi. Selepas kitaorg selesai makan dan solat kitaorg pun bergerak ker destinasi seterusnya iaitu Sebuah Museum Animation, muzium ni adalah muzium menunjukkan cara pembikinan Filem/Siri kartun dari seluruh dunia dr filem biasa sampai lah 3D dan pelbagai lagi... Macam2 patung watak kartun ada disini dari Negara2 pengeluarnya spt Jepun,Amerika dan sebagainya tapi Aku tak nampak pun Upin dan Ipin he..he.. Makna nya tak terkenal lagi lah kat sini kan hu..hu... Korang tgk jelah gambar kat bawah ni...
Kegembiraan bercuti di Korea Selatan bersambung lagi. Selepas kitaorg selesai makan dan solat kitaorg pun bergerak ker destinasi seterusnya iaitu Sebuah Museum Animation, muzium ni adalah muzium menunjukkan cara pembikinan Filem/Siri kartun dari seluruh dunia dr filem biasa sampai lah 3D dan pelbagai lagi... Macam2 patung watak kartun ada disini dari Negara2 pengeluarnya spt Jepun,Amerika dan sebagainya tapi Aku tak nampak pun Upin dan Ipin he..he.. Makna nya tak terkenal lagi lah kat sini kan hu..hu... Korang tgk jelah gambar kat bawah ni...
Seronok sgt tgk kartun2.
Selesai bergambar dan melihat sekeliling kami pun ke tempat seterusnya ermmm... Tu dia destinasi kami ialah 'Strawberry Farm'. Taukeh Kebun Strawberry ni menyambut kedatangan kami dgn senyuman dan memberi sedikit penerangan dan dialih ke bahasa Inggeris oleh Tour Guide kami, Yelah Taukeh ni tak tau cakap Omputih, Mengikut cerita Kebun strawberi ini menggunakan teknologi 'green house' untuk mengawal suhu yang sesuai bagi pokok strawberi hidup dengan subur. Walaupun jika musim Sejuk, suhu diluar sangat sejuk (di bawah paras beku), tetapi suhu di dalam rumah hijau agak hangat sedikit. Dan kami diajar membezakan strawberi jantan n betina dan cara memetiknya. Kami semua juga dibenarkan masuk ke salah sebuah rumah dan memetik buah strawberi yg masak klu ikut penerangan katanya suruh lima biji jer tp abih semua balun sampai penuh satu bekas tu he..he... Ikutkan masa aku petik aku makan gak tp mmg cam tak caya lah sebab strawberi dia manis sgt mmg sedap....geram sgt aku tgk buahnya tu yg tgh petik tu boleh makan gak he..he.. Ini pertama kali aku memetik strawberi dan saiznya lebih besar daripada strawberi yang diimport ke Malaysia. Dan berbeza sgt ngan strawberi Cameron Highland. Ermm.. Punya la ralit duk memetik buah strawberi tu sampai aku n beberapa org kwn aku kena panggil sb dah terlalu lama duk memenuhkan buah strawberi dlm bekas tu he..he.. Kiranya kitaorg org yg terakhir. He..he. Kesian taukeh tu abis kebun nyer dikerjakan bebudak Micro-ctl he..he.. Semoga kebun tu segar bugar disebabkan kerakusan kami he..he.. Biasa lah semua tk pernah dpt peluang petik strawberi kan he..he.. Dan masa tu memasing penuh kat tgn buah strawberi, aku ingat kena bayar rupa nya free tuan kebun bagi...ermmm apalg bukan main sedap lah semua makan strawberi manis he..he.. Apa pun mmg best korang tengok je lah gambor2 kitaorg ni he..he...
Seronoknya dapat petik buah strawberi segar dar ladang he..he.. tu yg ngap jer mmg marvelous... manis sgt
Tamat sahaja aktiviti memetik strawberi, kami mula bergerak ke restoran utk dinner cam biasa lah still makanan korea tapi kali ini makanan nyer berbeza sedikit iaitu Nasi dan Barli, Mengikut cerita Tour Guide kami nak makan nasi ini kena campur semua sayur2 tu then letak sos dia then kacau2 baru makan. Aku cakap kat tour guide Malay say this food - PECAL he..he.. Suka2 aku jer mengubah makanan dia he..he.. Aku tak makan pun aku just campur2 pastu aku ambik nasi tu makan ngan serunding.. Tulah makanan rutin aku.. Aku tgk kekawan aku berselera sungguh sampai licin he..he.. Mmg boleh jadi org Korea diaorg ni he..he.. Korang tgk la gambar makanan kat bawah ni... Tp kedai dia mmg cantik...
Cantikkan restoran dia mmg unik.. makanan pun unik ni nasi & barli...aku kata Pecal Versi Korea ha..ha..
Nie Bersama Bos aku & Wifenya bos aku ni very2 the sporting.... he..he... Mr Stanley & Ms Yew... Dan juga bersama kawan2 aku..., semua ceria perut dah kenyang n nak balik tido he..he....
Selesai makan kitaorg pun bergerak ker Apartment baru nama Apartment ni Yong-In Hanhwa Resort, di Resort ni kitaorg stay 2 hari sebab byk nak berjalan sekitar ni he..he.. Ok sampai apartment ni jer terus check in dan memasing terus nak tidur esok nak jalan lagi. Esok lagi best ada nak shopping he..he.. Apartment ni besar dan ada 2 bilik... Tgk susunan mmg unik... Apa pun mmg best, korang tgk jelah gambar ni...Ok la stop sampai sini dulu ek... Nanti kita sambung lg ek... Jom layan gambar bilik dulu he..he....
Sampai hotel jom tido ha..ha.... Gud nite.... Sweet Dream he..he...
Selesai sudah hari ketiga. Seperti biasa Hari keempat, kelima dan keenam ---> bersambung.
Ok see u next part jgn jemu ekk.. he..he.....Sorry gambar agak berterabur he.he. lgpun lembab sgt line ni hu.hu.... Lama giler nak up load hu..hu... Klu gambor ni kecik korang click kat gambor tu ntn nampak la gambar yg real ok......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan