Dalam hidup ini kadang2 kita sedih melihat kawan2 kita yg terlalu mengikut nafsu arus kemodenan sehingga sukar mentafsir mana yg elok mana yg buruk kdg2 sampaikan mengutuk,memperli dsbgnya terhadap org yg menghadiri ilmu agama (tazkirah) kenapa kita bersikap begitu renung2 kan balik diri kita. Sedangkan menuntut ilmu agama (Walaupun kecil) ia termasuk amal yang paling mulia, dan ia merupakan tanda dari kebaikan. Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda, "Orang yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapatkan kebaikan akan dimudahkan untuk memahami ilmu agama" (HR. Bukhari-Muslim). Hal ini kerana dengan menuntut ilmu agama seseorang akan mendapatkan pengetahuan yang bermanfaat baginya untuk melakukan amal shalih. Allah Ta'ala juga berfirman yang ertinya, "Dan Allahlah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan hudaa dan dinul haq" [At Taubah: 33]. Dan hudaa di sini adalah ilmu yang bermanfaat, dan maksud dinul haq di sini adalah amal shalih. Selain itu, Allah Ta'ala pernah memerintahkan Nabi-Nya Shalallahu'alaihi Wasallam untuk meminta tambahan ilmu, Allah Ta'ala berfirman yang ertinya, "Katakanlah (Wahai Muhammad), Ya Rabb, tambahkanlah ilmuku" [Thaha: 114]. Al Hafidz Ibnu Hajar berkata: "Ayat ini adalah dalil yang tegas tentang keutamaan ilmu. Kerana Allah Ta'ala tidak pernah memerintahkan Nabinya Shalallahu'alaihi Wasallam untuk meminta tambahan terhadap sesuatu, kecuali ilmu" [Fathul Baari, 187/1]. Dan Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam memberi nama majlis ilmu agama dengan 'Riyadhul Jannah' (Taman Syurga). Beliau juga memberi julukan kepada para ulama sebagai 'Warotsatul Anbiyaa' (Pewaris Para Nabi). Dari sisi keilmuan dan pengamalan terhadap ilmu.
Dan ilmu juga salah satu santapan rohani kita, dlm kehidupan kita hari2 kita mkn utk perut kita, ttp kita sedar atau tidak jiwa (roh) kita pun perlukn makanan sb jika ia dibiarkan kosong,kering maka cuba kita renung kembali apa yg akan jd pada kita bila kita lapar, kita tk bermaya kan jd bila kita letih,lapar kita mudah memberontak, semua serba tak kena dan ketika itulah syaitan akan memainkn peranannya. So disitu lah kita kena byk muhasabah diri kita, renungkan kembali kenapa kita diturunkan dimuka bumi ini, sudah kita tunaikan ke apa yg Allah perintahkn.
Dunia moden sekarang ni, kolot sgt kah klu seseorg itu berubah menjadi muslimah sejati, terjamin kah hidup, tenangkah hidup jika kita mengikut arus kemodenan sampai kita lupakan segala suruhan Allah, segala larangan Allah. Tak takutkah kita pada siksaan yg Allah janjikan kpd kita di alam baqa ntn, di kg akhirat ntn. Kita didunia ini hanya satu roh satu jasad. Jadi sebelum kita ke tempat yg kekal abadi kita carilah ilmu utk bekalan kita nanti. Biar kita amal sedikit demi sedikit asalkan ianya berterusan agar hati kita tidak mati. Bukan mata yg buta ttp hati kita yg buta. Jadi bersihkan hati kita, carilah hati kita ditiga tempat. Pertama ketika engkau solat, kedua ketika membaca alquran dan jika tidak ditemui carilah hatimu ketika engkau mengingati mati, jika tidak engkau temui jg berdoalah pada Allah moga diberi hati yang baru kerna hatimu yg dulu telah mati. Tak rugi kita mendalami ilmu Allah ini kerna ilmu ini adalah bekalan utk kita kembali kepada Pencipta kita ntn. Bukankah antara yg kita bawa ntn kesana adalah;
Abi hurairah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :
"Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yg mendoakannya" (HR. MUSLIM)
Renungkan sabda Rasulullah SAW ini, bukan pangkat, harta benda kemewahan yg akan kita bawa. Jadi cuba kita renungkan sudah cukupkan bekalan kita itu. Bank kita didunia ini penuh wang ringgit ttp bank akhirat kita berapa je adanya?? Dan tahukah bila kita mati?? Apa yg kita bawa ketika berjumpa Pencipta kita?? Adakah kita nk bawa harta yg kita kumpul, dosa yg bertimbun yg kita tak tau dah diampunkn ke belum?? Jadi cuba kita renung sedalamnya, muhasabah diri kita, bkn muhasabah diri org lain.
Bagi diri ku biarlah diriku dihina,dikutuk dgn cara hidupku,pakaianku dan sbgnya. Apa yg penting bagiku hatiku tenang dgn keredhaan Allah. Yang paling aku takuti adalah kemurkaan Allah. Ya Allah kukuhkan keimanan ku agar aku tetap dijalan lurusMu, jgn engkau bolak balikkan keimananku, lindungi aku dari tipu daya syaitan sehingga aku menghembus nafas yg terakhir dan Ya Allah bukakan lah pintu Nur mu kepada hamba2 mu yg kadang tersasar dari landasan keimanan kepadaMu Ya Raabbul Izzati, Ya Latiff, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin Ya Rabbal Alamin.
Aku hanyalah seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina.aku ini serba kekurangan, namun aku punya satu impian aku mahu menjadi insan yang baik, insan yg melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat darinya. Aku mohon biarlah aku menjadi kuat untuk berbuat kebaikan.. dengan itu aku akan sentiasa berusaha. Ya Allah redhailah daku selama aku bernafas di dunia ini :-)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nak beli 1 set HERV?
Nak beli 1 set HERV? ✅ HERV cleanser oil - bersihkan muka dari kotoran, cerahkan kulit ✅ HERV hydra cleanser - membersih scr mendalam t...
-
Company Trip To Korea Selatan.... Micro-Ctl Automation S/B Ilham rasa dari Nor Hapizah Abd Manan. Assalamualaikum.....&...
-
Company Trip To Korea Selatan.... Micro-Ctl Automation S/B - Part 2 Ilham rasa dari Nor Hapizah Abd Manan. Hari Kedua ( tiba di...
-
Assalamualaikum semua, Semoga semua sihat dan happy sokmo......... Kali ini aku kembali menulis dgn kisah sedih...aku kuat kan semanga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan