Jumaat, 10 Jun 2016

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MUNGKIN MAMPU MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MUNGKIN MAMPU MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA

1. Bagi anda, risiko adalah sesuatu yang harus diambil, bukan untuk dihindari

2. Dalam diri anda ada kedegilan yang sangat besar. Meskipun gagal berkali-kali, anda tetap akan berusaha untuk bangkit

3. Biarpun orang sekeliling selalu memperlekehkan anda, anda tetap percaya pada diri sendiri

4. Anda berupaya beradaptasi dengan perubahan pasaran ekonomi yang sering berubah-ubah

5. Rasa ingin tahu anda terhadap sesuatu itu sangat luar biasa

6. Bila anda dihadapkan dengan satu sistem yang tidak sesuai dan tidak mampu berjalan dengan baik, anda selalu gatal untuk berusaha membetulkannya walaupun tidak diminta

7. Bila anda sudah tersangat selesa dengan apa yang dimiliki sekarang, anda akan berusaha mencari cabaran baru

8. Anda sangat berminat dan sangat menikmati dengan proses membangunkan bisnes yang bermula dari '0'

9. Persaingan menjadikan anda lebih berjuang dan berusaha untuk membuktikan kemampuan yang dimiliki

10. Anda selalu punya idea-idea unik yang sukar dijangkakan

11. Bagi anda, setiap keputusan yang dibuat mesti ada penjelasan rasionalnya

12. Gagal itu pasti namun anda selalu menemukan jalan untuk bangkit semula. Anda adalah 'self motivated'

13. Anda selalu berfikir di luar kotak. Anda mampu berfikir diluar kebiasaan pemikiran orang ramai

14. Pada anda, tidak manfaatkan peluang keemasan yang ada adalah satu kesalahan besar

15. Telinga dan hati anda sentiasa lapang untuk menerima kritikan atau idea-idea baru..
.
.

Adakah anda miliki sebahagian dari keperibadian seorang usahawan berjaya seperti di atas? Jika ada, anda sebenarnya punyai peluang yang besar untuk bergelar USAHAWAN BERJAYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak beli 1 set HERV?

Nak beli 1 set HERV? ✅ HERV cleanser oil - bersihkan muka dari kotoran, cerahkan kulit ✅ HERV hydra cleanser - membersih scr mendalam t...